|
|
| Saturday, 10-May-2008 12:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
constructional landscape...whether a correct term or not
|
|
constructional landscape....
just imagine that they are landscape shots but without trees...hehehehehhhhee...
submitted to ENR and approved..it is here ---> http://construction.com/community/publicphoto.aspx?plckPhotoID=a1f2b927-f42d-4661-8348-3db633fef0c9&plckGalleryID=65e1bb32-e186-4b20-95e5-aafa57179aa2
submitted to ENR and approved..it is here ---> http://construction.com/community/publicphoto.aspx?plckPhotoID=5b8c6a99-1f94-439e-b01a-011b2722ea7c&plckGalleryID=65e1bb32-e186-4b20-95e5-aafa57179aa2&plckGalleryID=65e1bb32-e186-4b20-95e5-aafa57179aa2
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-May-2008 04:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SUKAN TAHUNAN SKBR KALI KE 4 2008
|
|
eMOTION n MOTION..
that is the theme that i'm going for while taking all the shots besides some ussual reportage shots...
eMOTION where the facial expression shown when these pupils compete with each other...
MOTION where the movement is captured...
sucess or not...terpulang..just an experimentation here and practice...
some shots were with 2x converter..2x200x1.6=640mm in 35mm equivalent...
harder to pan this slower running speed compare to the F1 car last time though..cheers
same place where last year event held..stadium matsushita or matshusita...not sure hehheehehe
rumah kuning emerged as the overall winner
emotion 1
goshhh..i need a faster AF body....dreaming sikit
letih sekali...
fail..hancus...la...banyak yang teruk2 dong...
MORE n many more lousy PHOTOS HERE ------> http://skbrsport2008.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-May-2008 11:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
statistic...
|
|
just notice that the 'statistic' is back.......... :: ................................................................ :: ......
azyan salma, my daughter is doing some balancing....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-May-2008 04:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
article from berita harian
|
|
BERITA HARIAN 28th April 2008
Bual Fesyen: Sentuhan klik Bustamam hidup
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Tiga daripada kulit majalah fesyen tempatan dihasilkannya berjaya memenangi anugerah
MENGAMBIL gambar mungkin kerja mudah, tetapi menghasilkan gambar yang mampu berbicara atau memberikan impak sehingga dikagumi ramai bukanlah semudah seperti memetik jari. Namun, Bustamam Mokhtar, 38, sudah pun membuktikan setiap gambar yang dirakam di lensa kameranya mempunyai magis tersendiri.
Berpengalaman 13 tahun dalam bidang fotografi dan melalui kerja fesyen yang ditonjolkan, Bustamam boleh dikatakan antara jurugambar yang berjaya membina standard baru bagi majalah fesyen di Malaysia. Tiga daripada kulit sebuah majalah fesyen tempatan yang dihasilkannya berjaya memenangi anugerah emas dan perak bagi Magazine Publishers Association of Malaysia Awards.
Wajah terkenal yang pernah menjadi rakaman lensa Bustamam pula termasuklah, peragawati antarabangsa, Lin Tan; artis antarabangsa Michele Yeoh dan Anita Sarawak serta penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.
Bidang fotografi sememangnya menjadi minat Bustamam sejak dari bangku sekolah lagi. Cita-cita itu kemudian direalisasikan dengan mengikuti pengajian bidang fotografi di Institut Teknologi Mara (kini UiTM).
Bagaimanapun, yang mendorongnya menjadi jurugambar fesyen ialah apabila beliau terpandang gambar Claudia Schiffer memperagakan jam tangan Guess pada sebuah beg kertas. Bermula dari detik itulah tersemat di jiwanya untuk menjadi jurugambar fesyen sehingga berjaya membuka studio sendiri.
Ikutilah temubual Citra bersama Bustamam yang sudi berkongsi pelbagai pengalaman menarik ditempuhi sepanjang kerjayanya.
Citra: Apa sebenarnya anda buat di Jepun dan mungkin ada pengalaman menarik yang boleh dikongsi?
Saya tamat pengajian Diploma Fotografi di ITM (UiTM) pada 1991. Pada 1992 saya mendapat tawaran program biasiswa, Mombusho oleh kedutaan Jepun dan menyambung belajar di Tokyo Photographic College, lebih dua setengah tahun. Ketika di negara itu saya bukan saja belajar, tetapi turut bekerja sambilan sebagai pembantu jurugambar untuk majalah antarabangsa seperti Penthouse dan GQ. Tugas itu memberi peluang untuk bekerja dengan beberapa jurugambar antarabangsa terkenal seperti Bruno Dayan.
Namun, yang paling saya kagum ialah kecanggihan studio di sana seperti sebuah kompleks dan kalau dibayangkan ia seperti boleh memuatkan tujuh lori kargo. Itu belum lagi kelengkapan dan peralatannya yang moden dan canggih. Bayangkanlah, untuk hanya merakam gambar bagi penerbitan sebuah majalah fesyen, begitu besar sekali kos perbelanjaan yang diperuntukkan.
Citra: Sekembali ke Malaysia pada 1995 apakah yang anda lakukan?
Saya bekerja di sebuah syarikat akhbar tempatan, tetapi ia bagaikan satu kejutan kerana apa yang dipelajari di Jepun bagai langit dengan bumi terutama dari segi prasarana. Bagaimanapun, saya tidak nafikan banyak pengalaman baru yang ditimba di situ. Pada masa sama saya turut menyimpan cita-cita untuk memiliki studio sendiri dan berangan menjadi jurugambar terkenal seperti Steven Meisel, Mario Tetino dan Patrik Dermacheler. Hasil kerja saya mula dapat perhatian luar apabila syarikat rakaman terkemuka meminta mengambil gambar Ella untuk kulit album terbarunya dan ini diikuti beberapa artis popular lain. Akhirnya, saya berhenti kerja dan membuka White Studio. Alhamdulillah, kini saya sudah mempunyai dua studio.
Citra: Apakah peranan sebenar jurugambar dalam membantu meningkatkan perkembangan fesyen di negara ini.
Seperti individu lain yang terbabit secara langsung dalam industri fesyen, jurugambar turut berperanan tersendiri dan ada cita-cita untuk turut sama memberi sumbangan. Tetapi dalam bidang ini kita memerlukan prasarana atau peralatan dan kelengkapan yang serba lengkap untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu. Bagaimanapun, prasarana yang kita ada pada masa kini jauh berbeza dengan apa yang ada di luar negara. Pengalaman bekerja selama dua setengah tahun di Jepun dan berpeluang berkongsi kreativiti, membolehkan saya membuat penilaian bahawa prasarana kita jauh ke belakang 10 hingga 15 tahun. Dari segi ilmu kita sudah ada, tetapi tanpa prasarana sukar untuk berkembang lebih jauh. Lebih-lebih lagi kos dalam bidang fotografi adalah begitu tinggi.
Citra: Bagaimana anda melihat perkembangan majalah fesyen di negara ini dan kenapa hanya baru-baru ini saja mendapat perhatian?
Majalah fesyen di negara ini boleh dikira dengan jari. Budaya kerja kita untuk majalah fesyen amat jauh berbeza. Di negara ini tiada pengkhususan kerja sepenuhnya. Kebanyakan sesi foto fesyen dikendalikan wartawan atau jika ada editor fesyen, dialah yang bertanggung jawab sepenuhnya dari A hingga Z. Bukan saja sebagai penata gaya, tetapi turut menulis dan mencari, memilih, mengambil bahkan sehingga menghantar kembali baju yang dipakai model. Kita tengok cara mereka bekerja tidak ubah seperti 'one man show'. Cuma baru-baru ini saja nampaklah sedikit perubahan budaya kerja itu. Tetapi di luar negara pengkhususan kerja sudah lama diamalkan, malah jika bekerja di dalam studio kita lihat bukan saja ada jurugambar, tetapi ramai tenaga bergabung daripada penata gaya hinggalah jurusolek, pendandan dan editor fesyen. Pembahagian tugas bukan setakat itu saja kerana selepas selesai fotografi ada editor gambar yang memilih dan menyunting gambar berkenaan. Bagi saya, pembahagian kerja ini penting kerana masing-masing ada tanggungjawab dan kemahiran tersendiri. Sebagai jurugambar saya mungkin tahu teknik merakamkan gambar, tetapi dalam soal pakaian yang dipakai oleh model, pengetahuan saya mengenai aliran fesyen terkini mungkin terbatas.
Citra: Jadi, anda melihat gabungan tenaga dan kerjasama berperanan penting untuk menghasilkan sesuatu gambar fesyen yang menarik dan memuaskan hati. Bagaimana pula soal keserasian bekerja dalam satu pasukan?
Keserasian penting ketika bekerja. Sebagai jurugambar misalnya, saya memerlukan seorang penata gaya yang boleh memberikan mood dan mengarahkan model untuk memberikan gaya di depan kamera. Jika seorang penata gaya itu faham dengan cara saya bekerja dan tahu apa yang diinginkan tentu tugas merakamkan gambar lebih mudah. Keserasian bekerja antara jurugambar dan penata gaya mengambil satu jangka masa tertentu untuk membentuknya dan biasanya wujud apabila kedua-duanya kerap bekerjasama. Oleh sebab itulah kadang-kadang kita lihat setiap kali sesi fotografi, asyik jurugambar dan penata gaya yang sama saja. Kadang-kadang nampak macam kroni, tetapi sebenarnya ada keserasian di antara mereka ketika bekerja.
Citra: Di luar negara kebanyakan selebriti terkenal hanya menggunakan khidmat jurugambar tertentu bagi merakam gambar mereka. Alasan yang sering diberikan kerana mereka percaya jurugambar itu dapat membentuk imej dan peribadi diinginkan. Benarkah tanggapan begitu?
Sebenarnya, ini ada kaitan dengan imej dan prestij yang mana apabila mencapai satu peringkat kita mahukan sesuatu yang eksklusif maka sebab itulah perlu memilih. Bagaimanapun, tidak salah jika selebriti berkenaan memilih kerana itu menjadi haknya dan dia mampu membayar harga tinggi untuk mendapatkan khidmat jurugambar itu kerana biasanya jurugambar yang dipilih bukanlah calang-calang serta prestij biasanya datang dengan pakej yang terbaik. Di Malaysia, perkara seperti ini belum ketara sangat kerana industri kita begitu kecil. Pergi mana-mana jumpa orang itu juga. Bagi saya, untuk merealisasikan sebuah gambar menarik atau cantik peranan itu bukan saja dipikul oleh jurugambar, tetapi turut dipengaruhi aspek lain seperti keupayaan model itu bergaya ketika di depan kamera, cara penyuntingan gambar dan sentuhan akhir yang menggunakan teknologi terkini.
Citra: Apakah perkara utama yang perlu ada pada jurugambar fesyen?
Menjadi jurugambar fesyen bukan sekadar mengambil gambar peragawati atau peragawan yang bergaya di depan lensa kamera. Ada beberapa aspek penting lain seperti dari segi kepekaan dan aspirasi bagi memastikan gambar itu 'hidup' serta memberi makna yang ingin disampaikan dan difahami sesiapa saja yang melihatnya. Selain itu perlu ingat, jurugambar tidak hanya merakam gambar objek yang statik sebaliknya, ada kala objek itu perlu bergerak dan sebagai jurugambar kita perlu tahu bila masa memberhentikannya bagi mendapatkan sentuhan sebenar. Begitu juga dengan soal teknikal lain seperti pencahayaan, sudut yang sesuai perlu diambil dan padanan latar belakang dengan objek dirakam. Seorang jurugambar perlu ada pengetahuan dan bijak membuat keputusan mengenai semua itu. Sebab itulah juga apabila bekerja, jurugambar fesyen perlukan kebebasan. Jika banyak sangat peraturan, lebih baik jurugambar itu ambil gambar untuk katalog saja. Jurugambar fesyen juga mestilah ada pengetahuan mengenai aliran fesyen terkini, manakala untuk menjadi sebahagian dalam dunia ini sekali sekala perlulah berbincang dengan editor fesyen.
Citra: Rezeki yang diperoleh jurugambar fesyen dilihat lumayan, malah jurugambar seperti pereka fesyen yang bukan sekadar boleh mencipta nama dan menjadi terkenal, tetapi turut buat duit banyak melalui hasil kerja dilakukan. Mengapakah tempias itu tidak kepada peragawati yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakan sesi fotografi berkenaan?
Jurugambar memang wajar mendapat bayaran lumayan dan ini bukan saja diukur melalui titik peluh dan hasil kerja kreativiti yang dilakukan, tetapi ada beberapa perkara lagi. Ini termasuklah mengambil kira kos studio dan juga peralatan dan kelengkapan yang disediakan. Semua itu memerlukan modal besar dan ada risikonya. Berbanding peragawati, yang biasanya datang dengan aset tubuh untuk memperagakan pakaian. Tetapi saya percaya jika peragawati berkenaan memberikan komitmen dan hasil kerja terbaik, untungnya lebih berlipat ganda. Katakanlah, jika satu jenama melantiknya sebagai duta produk tidakkah itu akan memberikan pendapatan yang lumayan.
Di luar negara, untuk seseorang model menjadi terkenal biasanya dipengaruhi tiga individu utama iaitu disukai oleh jurugambar terkenal dan pereka fesyen serta mendapat komen yang baik oleh Editor Vogue, Anna Wintour.
Citra: Sebagai jurugambar sejauh mana anda melihat kepuasan anda dalam bekerja?
Sudah tentu saya mahu segala-galanya sempurna bukan saja ketika merakamkan gambar, tetapi juga ketika ia direalisasikan dalam bentuk material seperti majalah dan sebagainya. Namun, ada ketika agak mengecewakan apabila suntingan gambar dan reka letak dalam sesuatu penerbitan ia tidak dibuat sepenuh jiwa atau mempunyai unsur seni fesyen sehinggakan kepuasan yang diinginkan tidak dapat dicapai. Sebab itulah untuk sesetengah majalah fesyen saya akan memberikan idea cara reka letak gambar dirakam supaya memberi lebih impak kepada pembaca apabila menatapnya. Selain itu, untuk kepuasan juga saya suka bekerja dengan majalah fesyen yang memberi peluang merakamkan model memperagakan produk high end. Bukan mudah majalah fesyen tempatan diberi kepercayaan seperti itu kerana ia semua amat berkait rapat dengan imej dan jenama produk.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 21:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
my photos in berita akitek
|
|
thanks to puan editor but the last two lower right r not mine though...they r somewhere in here...
http://pam.org.my/Library/BA_PDF/BA_Feb_08_Web.pdf
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 19:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
datin suliza salam
|
|
been a long time while seeing her on tv....tv screen shot during her appearence in aziz desa nasi lemak kopi o show on TV9....santai show it is
liverpool n chelsea in 85th minutes n they r at 2-2 aggregate
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Apr-2008 12:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kuala lumpur international book festival
|
|
brought the family to the fest and mange to capture few scenes here..
the entrance
one of many exhibitor booths
DBP booth
sasbadi
MPH..i bought book 'skyscrappers' here for rm43.00..quite cheap for hardcover book
bright red captured while waiting to go back
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 13:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kapchai in the progress
|
|
my daughter asked me...ba what is the ori part...well they are the engine and the body only..gas tank is new..handle and fork is new...came from other bike laa..as for the engine..the coil is new ie CDI and the carburator is new...
finally in one complete piece and running...
menyesal makanik tu tengok no tu hari senin
if not..repair bill is free
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Apr-2008 13:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kl tower from far PWTC
|
|
in the current situation, nothing politic intended but just appreciatting the trengganu roof form...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Mar-2008 13:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
formula 1 malaysia 2008
|
|
some of the shots during time trial day on 22.03.2008....with the porsche support race...enjoyzzzz...
most shots are cropped bec of limited tele 200mm..some time with tamron 2x teleconverter only but even with a longer lense, i don't think i would be able to catch these guys spot on...one photog with 600mm lo...6kg beratnya...harge rm30+++K...kalau tak silap dengar..sempat advice me to get 500mm je...
this is very much improved panning shots compare to when i came here in 2000 or so...off course u have no chance of improving there on because of film in those days...
renault
red bull eeeee...
BMW sauber
honda
mclaren mercedes
toyota
not red but scarlet ferrari
porsche race
porsche 1..not in that order
i think this car was last
porshe 2
porsche 3
|
|
|
|